Saturday 8 November 2014

selamat tinggal :')

Assalamualaikum blogger , setelah sekian lama aku menyepi ,kini aku kembali untuk meluahkan rasa perit sedih dalam hati aku ni , mungkin hmpa semua pernah rasa apa yang aku rasa, dan mungkin antara hmpa tak penah rasa apa yang aku rasa saekrang ni , 

Dulu aku pernah befikir macam mna suatu hari nanti aku hidup tanpa ibu atau ayah ? apa nasib aku dan adik adik aku ? 

sekarang aku rasa perasaan tu :') aku taktau nak mula kan macam mna tapi aku tak boleh nak gambarkan perasaan kecil hati aku macam mna ayah aku bgtau kat aku "kakak mak dah tak lama tu , redha ja mak pergi' 

10.10.2014 

"Alhamdulillah,terima kasih ya Allah , kerana kau tamatkan derita mak aku "

itu lafaz pertama yang terungkap di bibir ketika melihat dengan mata sendiri seorang mak yang disayangi menghembuskan nafas terakhir disisi aku dan adik adik aku yang lain

.tepat jam 6.40 petang, 10.10.2014 ,akhirnya tiba juga saat untuk mak pergi menghadap Ilahi. pergi juga seorang mak yang bagi setiap orang dalam dunia ini , hanya ada satu yang mengandungkan mereka sembilan bulan.yang ketika kecil menjaga dan menyusu.yang ketika kecil membelai dan menjaga, menyuap makan dan minum , mendidik dan memberi sepenuh kasih sayang.yang tidak henti-henti memberi sokongan.yang memberi nasihat.yang paling istimewa . bagi setiap orang yang melihat dunia, hanya ada satu ibu  sejati bagi mereka.

air mata memang sudah jadi kawan baik aku selama menenami mak aku.kerana dengan air mata saja hati ini boleh bertahan dan terus bertahan , menjaga mak , sehingga tiba saat Allah mengambilnya kembali.

aku bukanlah anak yang senang melafazkan "gha sayang mak" , "gha rindu mak" dan "selamat hari lahir mak" macam anak-anak lain .bukan bermaksud aku tidak menyayangi , aku lebih selesa melafazkannya dalam hati dan doa.aku bukanlah seorang anak yang senang melafazkan dengan zahir perkara-perkara itu.

tapi pada hari itu , aku lafaz juga . dan aku sangat berharap waktu itu , mak masih sedar akan apa yang aku lafaz.walaupun sudah tidak suara yang terkeluar ,walaupun sudah tidak ada respon yang mampu diberinya , aku berharap sangat mak aku mendengar .

aku genggam tangan mak aku erat-erat dan aku lafaz perlahan-lahan pada telinganya , sedang dia hanya terbaring kaku , tanpa sedar.

"mak ,gha sayang mak , gha minta maaf pada mak ,atas dosa-dosa gha.mak , gha akan buat mak bangga , gha akan buat mak gembira , gha sayang mak".

Allah memberi aku peluang untuk membisikkan syahadah di telinga mak aku , 
Allah memberi peluang kepada aku bersama adik-beradik lain dan juga abah , untuk berada disisinya ketika waktu itu ibu sudah hampir pergi.satu anugerah yang bukan semua orang didunia ini miliki..Allah memberi peluang untuk aku mencium dahinya , pipinya sebelum akhirnya mak pergi , buat selama-lamanya.

***
menjadi seorang yang baru kehilangan seorang mak , baru kini aku faham apa yang dirasai rakan-rakan yang senasib.sejak seminggu , aku amat tersentuh bila pergi mana-mana . bila pejam mata terbayangkan wajahnya.memang lumrah alam , sesuatu yang pergi akan dikenang.dan perkara itu yang aku tempuhi.

aku bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang sangat prihatin , yang tidak henti-henti memberi sokongan dan juga menghulur doa , hari demi hari sehingga  saat mak aku meninggal dunia.terima kasih kawan-kawan ,rasa sebak dalam hati bila mengingatkan nasihat-nasihat kalian.tetapi tidak aku zahirkan.

ramai yang mengatakan bahawa aku kuat. aku tahan ujian-ujian begini , tapi jika kalian tahu berapa baldi air mata yang sudah keluar , kalian mungkin akan menarik balik pujian itu.kerana aku sangat lemah sebenarnya.

* * * 

selamat tinggal mak, pergimu bukanlah satu kekurangan dalam diri .pergimu memberikan aku kekuatan. yang tidak pernah aku ada sebelum ini.

selamat tinggal mak , nanti jumpa gha dalam syurga ya? : )berehatlah dengan tenang , mak dah lama sangat melawan kesakitan kan? kini masa untuk mak berehat. gha nak tengok mak senyum nanti gha nak peluk mak sekali lagi.gha rindu mak :')